Nuffnang Ads

Wednesday 9 July 2014

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Raya tahun ni.....turn raya di kampung tercinta ku, Dungun untuk raya pertama hingga raya ketiga. Lepas tu baru la bertolak ke Mersing pulak. Dah 2 tahun berturut-turut raya pertama raya kat Mersing.....tahun ni, minta maaf la cik hubby tercinta, kesian la bonda dan ayahanda.....dah 2 tahun berturut-turut raya kat Mersing dulu.

Sejak kahwin hingga sekarang (11 tahun dah kahwin).....alhamdullillah..... walaupun kedua ibu bapa mertua ku dah kembali ke Rahmatullah.....giliran beraya tetap seperti mereka masih ada bersama.

Tahun ni jugak, tahun kedua bagi ku selepas menjadi suri rumah sepenuh masa......sepenuh masa ke????....

Kali ni semangat la nak buat kuih raya, nak buat yang simple-simple je....terima kasih yang tak terhingga kat blog http://www.azlitamasammanis.com/ ......kerana berkongsi resepi FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND ......siap tunjuk gambar la

Senang la sikit daku yang memang terlampau pandai masak ni.....nak buat....siap tunjuk bakar guna magic pan lagi.....jimat letrik....

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Puan Azlita Aziz


Bahan-Bahan :-
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam






Cara-Cara :-
  • Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit.
  • Satukan semua bahan dalam bekas.
  • Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
  • Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
  • Panaskan oven pada suhu 160C
  • Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
  • Bakar dalam oven selama 10 minit
  • Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Simpan dalam bekas kedap udara.