Nuffnang Ads

Monday 22 December 2014

Cuti-cuti penamat tahun 2014 (6.12.14 - 18.12.14)

Memang berjalan betul aku satu family. Bermula dengan "reunion" cik abe sayang di kampung halamannya, Mersing. Kat sana aku dan anak-anak tak involved sangat. Seronok tengok cik abe bergembira dengan kekawan sekolahnya.

Ni aktiviti cik abe ngan kawan-kawan sekolahnya....





Aku tak join aktiviti sebelah malamnya sebab si kecil comel ku.....tidurrrr.

Esoknya kita orang terus bertolak ke Dungun, Terengganu pulak. Tinggal lah aku dan anak-anak selama seminggu kat sana. Cik abe sayang, balik ke KL semula ke esokkan harinya. Cik abe sayang tak boleh stay lama-lama. Tuntutan kerja....




Kat kampung, bukan main lagi anak-anak terlepas bebas. Seronok dia orang dapat jumpa kawan-kawan kampung.

Lepas seminggu kat kampung Dungun, Cik abe sayang datang kembali. Tamat la status bujang sementara. Hari ahad pulak, kita orang bertolak ke Kota Bharu, Kelantan. Jalan-jalan kat negeri Cik Siti Wan Kembang selama 3D2N. Aktiviti kat sana ..... lain tak bukan......SHOPPING !!!!
Habis periuk belanga aku beli.....toto jangan cakap la. Bukan 4D tau....toto untuk alas tidur.....



Selesai sudah aktiviti di Kota Bharu. Kita orang ke Pulau Pinang melalui Gerik merentasi Banjaran Titiwangsa......Kita "pit stop" di Butterworth sebelum ke Penang. Esok paginya baru lah kami ke Penang. First time kot.....naik feri ngan kereta. 
Gambar dari dalam feri menuju ke Penang.

Aktiviti kat Penang, memang tak akan ku lupakan. Terima kasih yang tak terhingga buat Cik Abe Ku Sayang kerana menghadiahkan percutian yang menyeronokkan ini.....













Wednesday 10 December 2014

Percutian Di Kampung

Anak-anak mengharapkan cuti-cuti kat kampung di Dungun, boleh la main-main air banjir dan hujan. Dah tiga hari kat kampung, tapinya hujan tak turun-turun ni. Anak-anak asyik duk bertanya "Bila nak hujan ni ibu ?".....aduh la....panas pulak sekarang. Sabar ye anak-anak. Nanti hujan, kita main ye !!!
Aktiviti menolong nenek dan tok ki membersihkan halaman

Sunday 30 November 2014

Roti Sardin Cheese

Resepi sebenarnya adalah Roti Daging Cheese.... Disebabkan daging cincang tak der, daging burger pun tak der....ganti lah dengan sardin.

Fikiran aku la kan....ni lasagna stail melayu....bahannya, aku pakai je apa yang ada kat dapurku yg kecil ni

Bahan-bahan:
5-8 keping roti Gardenia
3 biji telur
1 cwn susu segar
Sardin tin kecil
Lada sulah
Garam
Cheddar slices
Cheddar / mozzarella parut

Cara-cara:
1) Hancurkan ikan sardin. Masukkan garam & lada sulah. Ketepikan

2) Pukul telur dengan susu.

3) Sapu roti dgn butter / majerin. Rendam roti dalam campuran susu & telur.

4) Susun roti 1st layer, letak sardin dan lapis dgn slice cheese. Ulang semula dgn lapisan roti dan seterusnya hingga habis. 

5) Tabur parut cheddar / mozzarella. Bakar dgn suhu 180 degrees C selama 1/2 - 40 minit. Atau bakar dgn magic pan.


Friday 28 November 2014

Congo Bar

Dah lama nak cuba masak Congo Bar...dengan semangat waja & keinginan anak-anak yang asyik mencari makan, ku cuba nasib.....

Teng....teng.....hahaha.....jadilah Congo Bar yang sedap hingga menjilat jari......syok sendiri

Asal anak-anak & my dear hubby suka.....sudah. Yang nyata percubaan ku berbaloi......

Dengan jasa baik pakcik Google juga, menjayakan masakan ku ini. Meh sini ku jamukan mata kalian dengan Congo Bar ku

Wednesday 9 July 2014

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Raya tahun ni.....turn raya di kampung tercinta ku, Dungun untuk raya pertama hingga raya ketiga. Lepas tu baru la bertolak ke Mersing pulak. Dah 2 tahun berturut-turut raya pertama raya kat Mersing.....tahun ni, minta maaf la cik hubby tercinta, kesian la bonda dan ayahanda.....dah 2 tahun berturut-turut raya kat Mersing dulu.

Sejak kahwin hingga sekarang (11 tahun dah kahwin).....alhamdullillah..... walaupun kedua ibu bapa mertua ku dah kembali ke Rahmatullah.....giliran beraya tetap seperti mereka masih ada bersama.

Tahun ni jugak, tahun kedua bagi ku selepas menjadi suri rumah sepenuh masa......sepenuh masa ke????....

Kali ni semangat la nak buat kuih raya, nak buat yang simple-simple je....terima kasih yang tak terhingga kat blog http://www.azlitamasammanis.com/ ......kerana berkongsi resepi FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND ......siap tunjuk gambar la

Senang la sikit daku yang memang terlampau pandai masak ni.....nak buat....siap tunjuk bakar guna magic pan lagi.....jimat letrik....

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Puan Azlita Aziz


Bahan-Bahan :-
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam






Cara-Cara :-
  • Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit.
  • Satukan semua bahan dalam bekas.
  • Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
  • Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
  • Panaskan oven pada suhu 160C
  • Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
  • Bakar dalam oven selama 10 minit
  • Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Simpan dalam bekas kedap udara.