Nuffnang Ads

Sunday 24 May 2015

Target Nak Turun Berat Badan

Hai lah.....badan makin hari makin naik. Metabolism dh kurang agaknya. Dengan tekad yang kuat....aku mula dengan SLIMTEA dari tea hijau.

Dah dekat sebulan aku minum ni tiap-tiap hari. Alhamdullillah, perut yang dulu umpama mengandung 5 bulan....dah beransur kecil. Aku ni memang penggemar green tea....jadi, alang-alang aku minum je green tea ni SLIMTEA

Banyak khasiat green tea ni. Ni aku kongsi tentang infor SLIMTEA ni.

Info SLIMTEA

Slimtea adalah 100% Pure Green Tea yang diimport dari Jepun. Slimtea dihasilkan dari putik daun teh hijau berkualiti tinggi dan diproses dengan 3 cara iaitu 'traditional steam', pengeringan semulajadi dan pembakaran perlahan untuk memastikan rasa, warna dan khasiatnya kekal. Slimtea tidak terdapat campuran bahan lain dan ianya HALAL.

Antara kebaikan Slimtea adalah:

1. Mengawal Berat Badan.

2. Meningkatkan metabolisme.

3. Melawaskan masalah sembelit

4. Membuang toksin/kotoran dlm badan.

5. Kandungan polifenol berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau pemprosesan lemak. Makanan yang dimakan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

6. Membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin.  Kandungan gula berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

7. Menjaga saluran darah lebih stabil & lancar.

8. Mengurangkan risiko penyakit kanser.

9. Membantu mengurangkan tahap kolestrol.

10. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  

11. Kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ boleh memusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan bau nafas.

12. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

13. Agen anti depression/Kemurungan.

14. Anti virus dan anti bakteria.
‘Catechin’ adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit.

15. Anti aging/Penjagaan kulit.

Selain dari tu jugak, hampas tea tu boleh buat scrub muka & badan. Fungsinya:-
* mengecutkan jerawat
* mengecilkan pori-pori
* mengurangkan kedut & eyebag
* menyejukkankan muka (bila kena sunburn)
* menanggalkan kulit mati
* menghilangkan kulit kusam


Saturday 2 May 2015

Gold Coast Morib

Cuti hari buruh tahun ni (2015), berhujung minggu di Pantai Morib. 



Monday 30 March 2015

KERINDUAN

Hanya didepan mata.....
Tapi jauh nun disana....
Tak mampu dijangkau dek tanganku
Hanya mata memandang....
Hati menanggung rindu

Wahai angin,
Tiupkan lah rindu ini kepadanya
Bisikan kepadanya betapa aku merinduinya

Wahai hujan,
Gemersikkan lah kepada betapa kurindukan dia
Nyanyikan lah kepadanya lagu rinduku kepadanya


Monday 22 December 2014

Cuti-cuti penamat tahun 2014 (6.12.14 - 18.12.14)

Memang berjalan betul aku satu family. Bermula dengan "reunion" cik abe sayang di kampung halamannya, Mersing. Kat sana aku dan anak-anak tak involved sangat. Seronok tengok cik abe bergembira dengan kekawan sekolahnya.

Ni aktiviti cik abe ngan kawan-kawan sekolahnya....





Aku tak join aktiviti sebelah malamnya sebab si kecil comel ku.....tidurrrr.

Esoknya kita orang terus bertolak ke Dungun, Terengganu pulak. Tinggal lah aku dan anak-anak selama seminggu kat sana. Cik abe sayang, balik ke KL semula ke esokkan harinya. Cik abe sayang tak boleh stay lama-lama. Tuntutan kerja....




Kat kampung, bukan main lagi anak-anak terlepas bebas. Seronok dia orang dapat jumpa kawan-kawan kampung.

Lepas seminggu kat kampung Dungun, Cik abe sayang datang kembali. Tamat la status bujang sementara. Hari ahad pulak, kita orang bertolak ke Kota Bharu, Kelantan. Jalan-jalan kat negeri Cik Siti Wan Kembang selama 3D2N. Aktiviti kat sana ..... lain tak bukan......SHOPPING !!!!
Habis periuk belanga aku beli.....toto jangan cakap la. Bukan 4D tau....toto untuk alas tidur.....



Selesai sudah aktiviti di Kota Bharu. Kita orang ke Pulau Pinang melalui Gerik merentasi Banjaran Titiwangsa......Kita "pit stop" di Butterworth sebelum ke Penang. Esok paginya baru lah kami ke Penang. First time kot.....naik feri ngan kereta. 
Gambar dari dalam feri menuju ke Penang.

Aktiviti kat Penang, memang tak akan ku lupakan. Terima kasih yang tak terhingga buat Cik Abe Ku Sayang kerana menghadiahkan percutian yang menyeronokkan ini.....













Wednesday 10 December 2014

Percutian Di Kampung

Anak-anak mengharapkan cuti-cuti kat kampung di Dungun, boleh la main-main air banjir dan hujan. Dah tiga hari kat kampung, tapinya hujan tak turun-turun ni. Anak-anak asyik duk bertanya "Bila nak hujan ni ibu ?".....aduh la....panas pulak sekarang. Sabar ye anak-anak. Nanti hujan, kita main ye !!!
Aktiviti menolong nenek dan tok ki membersihkan halaman

Sunday 30 November 2014

Roti Sardin Cheese

Resepi sebenarnya adalah Roti Daging Cheese.... Disebabkan daging cincang tak der, daging burger pun tak der....ganti lah dengan sardin.

Fikiran aku la kan....ni lasagna stail melayu....bahannya, aku pakai je apa yang ada kat dapurku yg kecil ni

Bahan-bahan:
5-8 keping roti Gardenia
3 biji telur
1 cwn susu segar
Sardin tin kecil
Lada sulah
Garam
Cheddar slices
Cheddar / mozzarella parut

Cara-cara:
1) Hancurkan ikan sardin. Masukkan garam & lada sulah. Ketepikan

2) Pukul telur dengan susu.

3) Sapu roti dgn butter / majerin. Rendam roti dalam campuran susu & telur.

4) Susun roti 1st layer, letak sardin dan lapis dgn slice cheese. Ulang semula dgn lapisan roti dan seterusnya hingga habis. 

5) Tabur parut cheddar / mozzarella. Bakar dgn suhu 180 degrees C selama 1/2 - 40 minit. Atau bakar dgn magic pan.


Friday 28 November 2014

Congo Bar

Dah lama nak cuba masak Congo Bar...dengan semangat waja & keinginan anak-anak yang asyik mencari makan, ku cuba nasib.....

Teng....teng.....hahaha.....jadilah Congo Bar yang sedap hingga menjilat jari......syok sendiri

Asal anak-anak & my dear hubby suka.....sudah. Yang nyata percubaan ku berbaloi......

Dengan jasa baik pakcik Google juga, menjayakan masakan ku ini. Meh sini ku jamukan mata kalian dengan Congo Bar ku