Nuffnang Ads

Monday 22 December 2014

Cuti-cuti penamat tahun 2014 (6.12.14 - 18.12.14)

Memang berjalan betul aku satu family. Bermula dengan "reunion" cik abe sayang di kampung halamannya, Mersing. Kat sana aku dan anak-anak tak involved sangat. Seronok tengok cik abe bergembira dengan kekawan sekolahnya.

Ni aktiviti cik abe ngan kawan-kawan sekolahnya....





Aku tak join aktiviti sebelah malamnya sebab si kecil comel ku.....tidurrrr.

Esoknya kita orang terus bertolak ke Dungun, Terengganu pulak. Tinggal lah aku dan anak-anak selama seminggu kat sana. Cik abe sayang, balik ke KL semula ke esokkan harinya. Cik abe sayang tak boleh stay lama-lama. Tuntutan kerja....




Kat kampung, bukan main lagi anak-anak terlepas bebas. Seronok dia orang dapat jumpa kawan-kawan kampung.

Lepas seminggu kat kampung Dungun, Cik abe sayang datang kembali. Tamat la status bujang sementara. Hari ahad pulak, kita orang bertolak ke Kota Bharu, Kelantan. Jalan-jalan kat negeri Cik Siti Wan Kembang selama 3D2N. Aktiviti kat sana ..... lain tak bukan......SHOPPING !!!!
Habis periuk belanga aku beli.....toto jangan cakap la. Bukan 4D tau....toto untuk alas tidur.....



Selesai sudah aktiviti di Kota Bharu. Kita orang ke Pulau Pinang melalui Gerik merentasi Banjaran Titiwangsa......Kita "pit stop" di Butterworth sebelum ke Penang. Esok paginya baru lah kami ke Penang. First time kot.....naik feri ngan kereta. 
Gambar dari dalam feri menuju ke Penang.

Aktiviti kat Penang, memang tak akan ku lupakan. Terima kasih yang tak terhingga buat Cik Abe Ku Sayang kerana menghadiahkan percutian yang menyeronokkan ini.....













No comments:

Post a Comment